ZiggyZag
Tuesday, October 24, 2006
Bahasa Oh Bahasa!
Ingin mengambil peluang ini untuk mengucap semua, Selamat Hari Diwali atau Deepavali dan Selamat Hari Raya Aidilfitri. Perayaan kembar ini, walaupun bukan dalam sehari, tetapi ramai kenalan di tanahairku menyambut perayaan ini dalam seminggu. Bukan! Sembilan hari. Seronok, bukan?
Setelah sekian lama tidak menaip mahupun menulis sebarang ayat dalam Bahasa Melayu, ampunlah kemampuan aku yang hanya setakat ini sahaja. Agak seronok rasanya, menaip apa-apa pendapat yang muncul di mindaku sekarang. Mungkin ramai tengah meneka apa yang ingin aku luahkan di ruangan kecil ini. Jariku susun sepuluh, mohon maaf jika anda yang sedang membaca tidak faham apa yang ditaipkan.
Aku baru pulang dari membeli-belah di Vivo City yang terletak di Harbour Front. Rasanya dah enam tahun kakiku menjejak ke tempat itu kerana pernah mengikut ibuku ke Sentosa. Tak banyak berubah nampaknya.
Semangatku membara kerana ingin sangat nak meluahkan perasaan yang lama dipendam dalam hatiku di dalam Bahasa Melayu, satu Bahasa yang jauh dari pergaulanku tetapi amat dekat di hati. Sekian saja untuk hari ini.

posted by ziggyzag at 7:48 PM

0 Comments:
Post a Comment
<< Home